BENTUK DASAR
Lencana SMK Tiram Jaya mempunyai bentuk dasar unik yang melambangkan sebuah skrin komputer atau televisyen atau
berbentuk keronsang yang membawa maksud berikut:Ciri wawasan, berfikiran luas, tepat atau liberalBentuk keronsang yang di
perbuat dari emas yang bertatahkan delima merah di tengah-tengah serta di ikuti oleh batu baiduri dan zamrud hijau yang
membawa maksud seni budaya dan daya kreatif para pelajar yang bermutu.
LAMBANG
Terdapat beberapa lambang seperti buku terbuka, glob, mentol, gelombang dan daun.Buku terbuka melambangkan gedung dan
sumber ilmu dalam sistem pembelajaran pelajar pada setiap hari dan masaMentol, glob dan gelombang menunjukkan bahawa
cahaya pengetahuan yang dipelajari di sekolah dapat menerangi hidup para pelajar pada masa alam persekolahan dan masa
Depan. Satelit melambang sains dan teknologi dimana para pelajar menerima pancaran ilmu dari guru-guru untuk membangunkan
bangsa dan negara.Dua jenis daun dan bunga padi menunjukkan pendapatan masyarakat setempat iaitu kelapa sawit, getah, koko
serta padiBulan bintang menunjukkan Islam dijadikan landasan bagi mencapai cita-cita pembelajaran dalam pemerintahan negara.
5 gelung menunjukkan lambang sukan dan perhubungan yang erat antara pelajar pelbagai kaum melalui aktiviti sukan
MOTTO
BERILMU, BERDISIPLIN, BERBAKTI
WARNA
Biru - Latar belakang membawa makna perpaduan dan kemakmuran kepada pelajar. Biru pada glob membawa makna perpaduan
pada manusia sejagat. Semuanya hidup bersatu padu tanpa sentimen perkauman, berganding bahu demi mencapai pembelajaran
serta bekerjasama dalam menjayakan aktiviti di sekolah.
Merah - Ianya bermaksud aktif, berani dan berkeyakinan bagi menempuh cabaran dalam hidup. Ia turut melambangkan para
pelajarnya yang aktif dalam bidang kurikulum dan kokurikulum, berusaha bersungguh-sungguh dan berkeyakinan demi mencapai
kejayaan.
Hijau - Ia membawa maksud ketenangan menghadapi pelajaran, Hijau pada daun menunjukkan kesabaran dalam menghadapi
cabaran dan rintangan alam. Pada bulan bintang pula menunjukkan kesucian agama Islam.
Keperakkan - Warna pada latar melambangkan semangat berusaha yang tidak pernah luntur atau pudar dalam mengejar cita-cita dan kemajuan hidup.
No comments:
Post a Comment