Wednesday, May 13, 2009

Kajian Lapangan^Lawatan ke SRJK Ming Tee

Objektif Kajian
Kajian saya merangkumi objektif-objekif yang berikut:
1.Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih.Ini akan membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul ,jelas dan tempat.
2.Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang sejarah alma mater saya dan tokoh-tokoh yang bantu membina sekolah.
3.Kajian ini dilakukan untuk melahirkan rasa hormat terhadap tokoh-tokoh yang bantu membina sekolah.
4.Kajian ini juga dapat menyedarkan penduduk Kampung Tiram Setia untuk menghargai jasa yang dibuat oleh tokoh-tokoh dan mendapat iktibar daripadanya.


Penghargaan

Saya, Teo Yao Thiam, mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Pengetua, (name of principle) yang telah memberi kebenaran kepada saya menjalankan kajian tentang satu bangunan bersejarah di negara kita. Ucapan terima kasih juga saya tujuan kepada guru Sejarah saya, beliau ialah (Muslimin Bin Fadizil) , yang banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar hingga kajian ini selesai. Saya juga amat berhutang budi kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah memberi dorongan dan semangat sepanjang kajian ini dibuat dan ribuan terima kasih saya ucapkan. Saya juga berterima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah memberikan maklumat tentang tajuk kajian yang telah saya pilih. Akhir sekali, tidak lupa juga berterima kasih kepada semua responden yang telah memberikan kerjasama kepada saya.



Kaedah Kajian

Dengan malagarakan tugas ini ,saya telah menjalankan kaedah tersebut iaitu:
Temu rumah
-Saya telah menemu rumah iaitu Tee Swee Teck. Seorang guru SJK(C) Ming Tee.Beliau telah menerangkan tentang sejarah sekolah tersebut.Saya telah mencatat di dalam buku catatan.
Analisi dokumen
-Saya telah menalisi dokumen penting yang berkaitan dengan sejarah SJK(C)Ming Tee.
Penyelidikan perpustakaan
-Saya telah pergi ke perpustakaan dan menggunakan pelbagai buku rujukan atau majalah sekolah yang mempungai kaitan dengan tajuk pilihan saya.
Lawatan dan pemerhatian
-Saya telah melawat SJK(C)Ming Tee yang terletak di Kampung Tiram Setia.


Tajuk Kajian
Bangunan Bersejarah Di Negara Malaysia
[Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Ming Tee]


Pengasas Sekolah Rendah Kebangsaan (Cina) Ming Tee

Sekolah Cina Ming Tee diasaskan oleh empat orang anak tempatan yang berpesonaliti dominan, dermawan, berpengaruh, dan dihormati oleh seluruh komuniti Cina di Kampung Tiram Setia Luar yang rata-rata berada di dalam serba-serbi kekurangan sama ada dari segi ilmu penpetahuan pengetahuan atau material. Tokoh-tokoh kersebut ialah Puan Woon Cheng Siew(seorang wanita yang memiliki kedai runcit),Encik Tiow Hua Ngan, Encik Kang Poh Lim dan Encik Ng Song Lim (pemilik kebun getah, kelapa dan kopi) yangboleh dikatakan amat dihormati dan disegani oleh masyarakat Cina Kampung Tiram Setia Luar.



Cetusan Fikiran

Cetusan fikiran untuk membina sebuah institusi pendidikan dandah bagi membolehkan anak-anak tampatan tersebut menimba ilmu pengetahuan ialah apabila panduduk kampung tersebut semakin meningkat dari masa ke semasa. Jumlah kanak-kanak semakin bertambah dan kebanyakkannya buta huruf kerana tidak berpeluang untuk menimba ilmu peiajaran asas seperti membaca, menulis dan mengira. Dari segi jangka panjangnya, keadaan ini bukan sahaja merugikan malah akan mendatangkan masalah ‘kelenyapan budaya dan adat tradisi masyarakatCina’ yang bsksl mewarisi kesinambungan keturunan mereka kamudian hari.

Lantaran itulah, mereka memikirkan betapa perlunya sebuah sekolah yang mampu memberikan pendidikan asas meskipun di peringkat rendah untuk merealisasikan impian tokoh-tokoh tadi, ‘penerusan generasi Cina yang menjadi benteng untuk mengekalkan tradisi dan kebudayaan mereka supaya tidak lesap ditelan zaman serta dapat menggunakan ilmu pengetahuan yang dipelajari untuk meneruskan kehidupan seharian’. Faktor pendorong atau pendesak yang terpenting untuk mewujudkan sekolah tersebut ialah tidak wujud sebuah sekolah pun di kawasan atau daerah yang berdekatan dengan petempatan mereka. Kalau adapun jaraknya terlalu jauh dan tidak praktikal untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah tersebut. Pada masa itu sudah ada sekolah Cina menawarkan pendidian Cina hingga ke junior Middle Three(kira-kira Tingkatan taga) seperti Sekolah Cina Yoke Kuan (di Sekinchan) dan empat buah sekolah Cina yang menawarkan pengajian hingga Senior Middle Three (Tingkatan Lima pada hari ini) di Klang iaitu Sekolah Cina Pin Hwa, Sekolah Cina khong Hwa dan Sekolah Cina Chung Hwa.



Hasil Kajian


Pertubuhan Sekolah Rendah jenis Kebangsaan (Cina)

Kesungguhan dan keazaman keempat-empat tokok tersebut terbukti dan terserlah dengan persetujuan Puan Woon Cheng Siew untuk menawarkan sebidang tanahnya seluas 1.2 ekar sebagai tapak kepada sekolah tersebut. Untuk menjimatkan kos pembinaan bangunan pula, beliau telah menawarkan bangunan kedai berdingding papan beratap rumbia miliknya untuk diubahsuai bagi dijadikan bangunan sekolah. Dengan kerjasama dan sumbangan derma bakti daripada penduduk kampung itu, bangunan kedai runcit tersebut telah diubahsuai menjadi dua buah kelas yang sederhana besarnya (setiap bilik darjah mampu menampung 30 orang murid), sebuah pejabat dan sebuah asrama bagi kegunaan guru-guru yang didatangkan dari negera China nanti. Hasrat murni ini disokong juga oleh ibu bapa murid-murid yang didaftarkan oleh supaya diasuh di skolah tersebut.
Dengan semangat permuafakatan dan kerjasama daripada seluruh penduduk Kampung Tiram Buruk Luar, sejumlah wang kira-kira $200.00 telah berjaya dikumpulkaan untuk membayar gaji guru-guru di sekolah tersebut. Sebahagian penduduk lagi yang mempunyai kemahiran bertukang telah menyumbang tenaga dan kepakaran mereka untuk menyiapkan meja, kerusi dan papan hitam untuk memudahkan pengajaran guru-guru dari ‘luar itu’. Derma dari rumah ke rumah juga telah dilancarkan oleh empat orang pengasas Sekolah Cina Ming Tee diketuai oleh Puan Woon Cheng Siew. Akhirnya, pada tahun 1939 bangunan kedai itupun siap diubahsuai dan boleh digunakan menjadi sebuah sekolah meskipun kekurangan pelbagai perabot lagi.
Empat orang guru dari Negara China telah didatangkan ke sekolah tersebut. Seramai 20 hingga 25 murid telah didaftarkan pada hari pertama, diikuti dengan 35 orang lagi pada hari berikutnya. Umur persekolahan tidak menjadi perkiraan. Ada murid yang berumur 7 tahun, 8 tahun, 9 tahun, 10 tahun, dan 12 tahun juga dibenarkan memasuki tahun 1 atau Darjah Satu. Tidak ramai pelajar perempuan di sekolah tersebut. Mungkin pada masa itu, Kampung Tiram Setia Luar memang kekurangan anak-anak perempuan atau mungkin orang-orang perempuan lebih gemar membantu ibu bapa di rumah untuk menolong ibu bapa melakukan kerja-kerja rumah memandangkan rata-rata ibu bapa berada di dalam keadaan miskin pada ketika itu.
Pada masa itu masyarakat Cina yang kebanyakkannya dating dari daerah-daerah Selatan China tidak menggalakkan anak-anak perempuan mereka belajar kerana tempat anak-anak perempuan memang di rumah untuk membantu ibu bapa mereka meringankan beban kerja seperti memasak, mengemas rumah atau membantu kerja-kerja kebun yang mudah. Pada masa itu kerja memetik kopi, menorah getah dan mematik kelapa memerlukan pekerja yang ramai dan tekun. Dari anggaran 60 orang murid itu, hanya 8 orang murid perempuan belajar di sekolah ini , selebihnya adalah murid-murid lelaki.



Halangan Yang Dihadapi

Pada bulan Disember 1941, Jepun melanggar Tanah Melayu. Pendaratan tentera Jepun itu kemudian mewarnai Sejarah Tanah melaya selama 3 tahun 8 bulan setelah berperang selama dua minggu. Sekolah Cina Ming Tee yang baru berusia 3 tahun pun terpaksa ditutup. Mujurlah, pihak pentadbiran Jepun tidak menjarah kawasan petempatan Cina di Kampung Tiram Buruk Luar kerana kedudukannya yang terletak di pedalaman dan berhampiran dengan hutan tebal. Mungkin kedudukan yang jauh dan terpencil dari Pekan Tanjong Karang, serta ketiadaan laluan yang elok memudarkan semangat askar-askar Jepun itu untuk menjarah petempatan itu. Jadi, tidak ada perubahan besar sepanjang tempoh pentadbiran Tentera Jepun di di Tanah Melayu. Tiada bangunan yang rosak dan murid-murid yang tidak dapat bersekolah telah membantu ibu bapa berkebun kerana pergerakan mereka terhad.
Selain itu, mereka juga dipaksa meembantu pengganas komunis di dalam hutan tanpa kerelaan mereka sendiri. Jika mereka tidak mahu membekalkan makanan, ubatan, pakaian, maklumat dan sebagainya mereka juga yang menanggung akibatnya.



Keadaan Selepas Perang Dunia Kedua

Pada 15 Ogos 1945, perang tamat. Sesi persekolahan telah dibuka semula. Tempoh pentadbiran Jepun selama 3 tahun 8 bulan telah menyemarakkan minat ibu bapa untuk menghantar anak mereka belajar di sekolah agar menjadi pewaris generasi yang baik pada suatu masa nanti. Mereka juga berlumba-lumba menghantar anak-anak mereka ke sekolah untuk mendapatkan pengetahuan. Kesedaran mereka terhadap ilmu pendidikan dan kepentingan pelajaran amat dirasai dalam tempoh 3 tahun 8 bulan itu. Murid-muridnya meningkat menjadi 250 orang pada tahun 1945. Pertambahan murid-murid dan peningkatannya pada tahun 1945 menjadikan Sekolah Cina Ming Tee sekolah Cina yang terbesar di daerah Kuala Selangor pada masa itu. Pelajar perempuan juga semakin bertambah ramai. Dianggarkan kurang daripada 60 orang. Lembaga Pengurus Sekolah (seperti PIBG pada hari ini ) juga telah dibentuk. Keahliannya terhad kepada 10 orang yang biasanya kaya, dermawan, mempunyai pengrauh dan kuasa, berpendidikan agak tinggi dan yang pentingnya dihormati oleh orang ramai. Lembaga Pengurus Sekolah Ming Tee ini berkuasa menentukan kewangan yang kukuh, pembayaran gaji guru-guru, mencari wang untuk mengurus harta benda sekolah, menguruskan pendaftaran murid-murid baru yang dibuat rumah ke rumah, menyimpan rekod-rekod sekolah, menyediakan buku-buku laporan (kad kemajuan murid ) dan sentiasa berusaha untuk meninggikan kualiti pelajaran bgi menjaga nama baik sekolah dan nama baik mereka. Oleh sebab itulah, sehingga hari ini mereka
yang menganggotai Lembaga Pengurus Sekolah biasanya mempunyai kekayaan atau pengaruh yang kuat di petempatan tersebut. Mereka juga berusaha mendapatkan bantuan berupa kewangan dan tapak persekolah bangunan sekolah daripada kerajaan british. Sekolah Cina Ming Tee pun terpaksa didaftarkan pada pertengahan tahun 1945. Tidak ada sebarang dokumen atau pendaftaran tersebut kerana sekolah tersebut telah terbakar semasa zaman darurat.




Keadaan Semasa Pemerintahan British
Kerajaan British mula mengawasi Sekolah Cina Ming Tee dan menyelia sekolah tersebut dari semasa ke semasa. British juga telah menghantar seorang pengawainya untuk meneliti laporan, menyelia pelajaran dan sebilangan murid-murid sekolah untuk dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Sekolah-Sekolah Cina di Kuala Lumpur. Oleh sebab itulah (Special Branch) cawangan Khas British menyedari adanya pengganas dan ejen-ejen komunis di Kampung Tiram Buruk Luar yang keluar masuk melalui hutan tebal di belakang sekolah itu. Pengganas komunis tersebut cuba mendapatkan sokongan dari penduduk-penduduk dan kalangan guru-guru Cina di sekolah tersebut tetapi tidak Berjaya. Oleh itu mereka menggunakan taktik ugutan pula. Adalah menjadi cita-cita Parti Komunsi Malaya untuk menggunakan Sekolah Cina Ming Tee sebagai platform mereka bagi menggulingkan sistem pemerintahan British apabila tiba masanya kelak.Dengan cara ini pengganas komunis terpaksa menggunakan khemah-khemah di dalam hutan dan menggunakan pertubuhan bawah tanah mereka ‘Min Yuen’ bagi membekalkan gerila-gerila di dalam hutan makanan, wang, maklumat-maklumat dan mambunuh pengkhiamat dan ampama-ampama.

Buat pertama kalinya kerajaan British telah bermurah hati menganugerahkan tapak sekolah No. Lot 2241 No. Geran H.S H.s (M0 1360 e. 2 rd. 19 p. di bawah Mukim Ujung Permatang sebagai tapak sekolah. Sementara kerja-kerja pembinaan cerucuk sedang dijialankan Encik Lo Che Si yang terkenal sebagai dermawan di Kampung Tiram Setia Luar telah meminjamkan ruang kedainya yang terletak di No. 129 dan 130 Lorong Satu berhadapan dengan tokong ‘Nam Tien Gong’ untuk dijadikan bangunan sekolah dan bilik darjah sementara. Rancangan pembinaan bangunan sekolah Cina Ming Tee dan rancangan menggunakan kadai En. Lo Che Si sebagai bilik darjah itu diketuai oleh En Tee Tan (ketua kampung) pada masa itu. Ruang kadai yang dijadikan bilik darjah sementara itu masih kekal hingga sekarang ini iaitu di No. 129 dan 130, bersebelahan dengan kedai runcit. Sehingga 1961 kelas ini berupaya menampung murid yang ramai itu. Memandangkan minat yang sangat mendalam terhadap ilmu pengrtahuan, pada sebelah malamnya diadakan kelas malam bertemankan gasoline. Selain menjada pusat pertemuan ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka sambil minum kopi dan berbual-bual di kedai-kedai yang berhampiran.



Sukatan Pelajaran Yang Disediakan
Masyarakat Cina memang terkenal dengan amalan pemupukan ilmu pengetahuan dalam setiap lapangan kehidupan. Mereka menaruh penghormatan yang tinggi terhadap individu yang memiliki ilmu pengetahuan. Sikap ini memang terpahat di dalam nurani orang-orang Cina sejak zaman lampau lagi. Oleh itu, identiti orang-orang Cina dipupuk melalui corak pendidikannya. Nampaknya, tidak banyak perbezaan kurikulum, sukatan, jenis mata pelajaran yang diajar dan penyampai mata pelajaran di Sekolah Cina Ming Tee dengan sekolah-sekolah Cina yang lain. Segala-galanya berorientasikan keadaan yang berlaku di negara China.
Bahasa Cina (loghat Hookien) diajar di samping mata pelajaran bahasa Mandarin sebagai satu keperluan untuk menimba ilmu pengetahuan, bukan sebagai teras atau matlamat asas pendidikannya. Bahasa Mandarin merupakan satu keperluan untuk percakapan yang rasmi, bukan perbualan sehari-hari Penggunaan bahasa Mandarin, kefasihan penuturnya dan gaya percakapannya menentukan pekerti mulia dan budi bahasa penuturnya. Rununan keperluan inilah mengapa Bahasa Mandarin diajar di sekolah Cina Ming Tee
Sekolah Cina Ming Tee menyediakan pelajaran rendah selama 6 tahun sahaja. Lepasan murid-muridnya akan menyambunbg pelajaran di sekolah-sekolah Cina lain yang lebih besar seperti Sekolah Cina Kong Hua, Sekolah Cina Pin Hwa, Sekolah Cina Hua dan Sekolah Cina Vhung Hwa yang kesemuanya di bandar Klang sahaja. Sekolah-sekolah yang disebutkan itu menyediakan pendidikan hingga ke Junior Middle Three.

Apakah bentuk sukatan dan mata pelajaran yang diajar oleh guru-guru di Sekolah Rendah Ming Tee pada masa itu? Pada masa itu sukatan pelajarannya berasaskan sistem pelajaran di negara China. Buku-buku pelajaranya juga dibawa daripada Negara China. Kerana kurang prihatinya terhadap dasar pendidikan negara dan kepentingan penyepaduan nasional oleh kerajaan Kolonial British., para guru dari sekolah ini juga diimport daripada negara China . Antara pelajaran yang diajar ialah ilmu Kira-mengira, Sempoa, Ilmu Alam China, Sejarah Negara China, pelajaran sivik yang mengajar mengenai pekerti dan moral berdasarkan tafsiran Confucious, Bahasa Cina (Loghat Hookien), cara menulis , penggunaan berus Cina dan kaligrafi Cina. Pendeknnya sukatan pelajaran di sekolah ini mendapat nafas yang kuat dengan perkara-perkara yang berlaku di negara China dan keteguhannya disangga oleh pendokong-pendokong Lembaga Pengurus sekolah Cina Ming Tee yang mempunyai tuju arah untuk menanamkan ingatan yang kuat dalam diri murid-muridnya mengenai pengekalan adat tradisi, amalan-amalan dan kelangsungan budaya masyarakat Cina. Walaupun secara praktik ia kurang menekankan pendapat-pendapat baru dan perkara-perkara semasa (current issue) atau jangkaan pemikiran di masa hadapan, ia Berjaya membentuk masyarakat Cina yang bangga dengan pencapaian dan system pendidikan orang-orang Cina masa itu. Murid-muridnya dipaksa
menerima pelbagai ilmu pengetahuan yang tidk terancang dan diacu mengikut masyarakat Cina hasil`carbon-copy’ generasi Cina masa lalu.




Rumusan
Sebagai rakyat Malaysia, saya berbangga kerana dapat hidup sejahtera dan dalam kedaan harmoni walaupun Negara saya mempunyai masyarakat berbilang bangsa. Kepelbagaian kaum di Malaysia mencorakkan pelbagai budaya dan cara hidup masyarakat yang berbeza, sekaligus memberi warna kehidupan yang pelbagai kepada Negara yang kita cintai.Pelbagai budaya ini memberikan Negara sambutan yang berbeza daripada aspek perayaan, makanan, pakaian, tarian, nyanyian dan sebagainya. Saya mengkaji bangunan bersejarah yang memberi saya pengalaman daripada segi mencari maklumat. Saya juga memperolehi pengalaman kerana berpeluang mewujudkan kerjasama antara rakan, peluang mewawancara bersama mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membentuk atau terlibat dalam projek pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan ini.Saya amat berbangga mempunyai warisan budaya yang begitu tinggi nilainya.Rakyat kita hidup denhgan mengamalkan budaya Kekitaan atau Bersemangat kekitaan . Bangsa Melayu, Cina , India dan kaum-kaun lain di Malaysia, saling bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain. Rakyat sentiasa mengamalkan persaan dan semnagat muhibbah atau semangat masyarakat.Walaupun menganut agama

dan menjalani hidup yang berbeza amalan daripada segi budaya, masih ada sikap tolak ansur dan toleransi yang tinggi. Hal ini dipraktikkan sepenuhnya dalam menjaga pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah.Pengkajian ini juga menaikkan semangat patriotisme saya kerana dengan mengenali dan mengkaji bangunan bersejarah, saya dapat lebih menjiwai dan menyintai Negara saya.Seperti yang disebut dalam peribahasa melayu,"Tak kenal maka tidak cinta”.


Asal –usul Sekolah Rendah Kebangsaan (Cina) Ming Tee

Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan(Cina)Ming Tee ditubuhkan pada tahun 1936.Ia terletak di Kampung Tiram Buruk Luar iaitu sebuah desa pedalaman kira-kira 9 kilometer dari Bandar Baru Kuala Selangor.Pekan yang terdekat ialah bandar Tanjong Karang.Kedudukannya terletak di tengah-tengah jalan perhubungan di antara Pekan Tanjong Karang dan Bandar Baru Kuala Selangor. Secara keseluruhannya,penduduk Kampung Tiram Buruk Luar ini berbangsa Cina ,beragama Budha dan menggunakan bahasa Cina loghat Hokkien sebagai bahasa pertuturan seharian.
Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Cina Ming Tee ,sebelum bertukar nama kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan(Cina) Ming Tee pada tahun 1961.Ia berdasarkan cantuman dua perkataan Cina dalam dialek Hokkien iaitu “Ming” dan “Tee” dan membawa makna berikut. Perkataan “Ming” bermaksud “penduduk” manakala “Tee” pula bermaksud “ilmu pengetahuan”. Gabung dua bentuk perkataan ini jika disebut membawa makna yang cukup mendalam dan simbolis iaitu “sekolah tempat manimba ilmu pengetahun untuk penduduk kampung ini” . Ia juga bermaksud Sekolah Rakyat.



LENCANA SEKOLAH





LAMBANG MAKSUD
Pokok Kelapa Sawit : Menunjukkan pekerjaan utama penduduk di sini.
Buku : Punca mendapat ilmu pengetahuan.
Obor : Ilmu pengetahuan sebagai penyuluh hidup di masa hadapan.
Warna Biru : Kecintaan penduduk dan murid-murid terhadap sekolah.
Saiz Lencana : 4.5 cm (Tinggi)
4.0 cm (Lebar)








SENARAI GURU BESAR
Di bawah ini dicatatkan Senarai Nama Guru Besar yang pernah berkhidmat di sekolah ini:
Lim Chai Chen - 1936 hingga 1941
Chua Poh Ler - 1945 (6 bulan)
Chew Kim Hong - 1945 (6 bulan)
Ng Song Lim - 1946 hingga 1949
Gan Wah Her - 1949 hingga 1958
Gan Cheng Hui - 1958 hingga 1961
Tan Chee Hong - 1961 hingga 1962
Huang Yong Suan - 1962 hingga 1985
Tan Tian Siong - 1985 hingga 1986
Tan Eng Teck - 1986 hingga 16.9.1987
Tan Siang Hong - 1.10.1987 hingga 25.10.2008
Ang Kim Chong - 16.11.2008 hingga kini


BERDERA SEKOLAH


Bender : Warna Hijau
-Menunjukkan kecintaan alam semulajadi .
Lencana : Pokok Kelapa sawit
-Menunjukkan pekerjaan utama penduduk di sini .
: Buku
-Punca mendapat ilmu pengetahuan.
: Obor
-Ilmu pengetahuan sebagai penyuluh hidup di masa hadapan.
: Warna Biru
-Kecintaan penduduk dan murid-murid terhadap sekolah.
: Warna Kuning
-Kesetiaan kepada Raja-Raja berpelembagaan.
: Warna Merah
-Semangat Waja untuk menuntut ilmu pengetahuan
Saiz Bendera : 93 cm (panjang)
:185 cm (lebar)