Wednesday, June 24, 2009

Sejarah Sekolah SMKTJ

Sekolah ini adalah salah satu daripada sekolah yang dibina dibawah Projek Bank Dunia di dalam Rancangan Malaysia ketiga
di daerah Kuala Selangor. Sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Tiram Burok. Ia terletak di kawasan kebun kelapa sawit
Kira-kira 0.4 km dari jalan besar di antara Tanjong Karang dengan Batang Berjuntai. Tapak kawasan sekolah ini asalnya adalah
kebun kelapa sawit seluas 8 hektar iaitu sehektar untuk bangunan ,`hardstand’ dan jalan; dua hektar untuk padang dan kawasan
permainan ;lima hektar kawasan lapang ,kebun dan lain-lain.
Kerja-kerja awal bagi pembinaan seperti menebang pokok ,membersihkan dan menambak dimulakan pada awal tahun 1981.
Penanaman cerucuk dan pembinaan tapak bangunan dilakukan pada penghujung tahun 1981.Pembinaan keseluruhannya telah siap
dalam bulan oktober 1983.Kos perbelanjaan semasa dibina ialah RM 1,954,500.00 yang mengandungi:

a .12 buah bilik darjah
b. 1 buah pejabat pentadbiran
c. 1 buah pejabat pengetua
d. 1 buah bilik guru
e. 1 buah bilik serbaguna
f. 3 buah makmal sains
g .1 buah bilik seni lukis
h. 1 buah bilik masak (ERT)
i. 1 buah bilik jahitan
j. 1 buah bengkel seni perusahaan k. 1 buah bilik perpustakaan
l. 1 buah bilik sembahyang
m. 5 buah stor
n . 2 buah tandas guru
o. 4 buah tandas murid
p. 1 buah bilik wudhu’
q. 1 bangunan kantin
r. padang permainan
s. pagar
t. bekalan api dan air

Pemborong bagi pembinaan ini ialah Tibnoks Building & General Contruction (M),Sdn.Bhd.45A ,Jalan SS2/30,SEA Park,
Petaling Jaya .Penyerahan bangunan telah dilakukan pada 08.12.1983 di antara En .Abu Hassan Hj. Shujor (b.p. pemborong
binaan bangunan) dan En. Ahmad Yahya Mohd Tohar (b.p. sekolah).
Rancangan asal sekolah ini didrikan ialah untuk menampung murid-murid yang akan menduduki kelas peralihan (dari SRJK(C)
Ming Tee, Tiram Burok Luar) dan tingkatan satu ( dari SK Jalan Raja Musa,Kuala Selangor) tetapi atas rayuan dan permohonan
daripada ibu bapa ,sebuah kelas bagi tingkatan dua .(seramai 42 orang dari Sekolah Dato’ Harun ,Tanjung Karang telah diadakan
murid –murid dari SK jalan Musa ,Kuala Selangor kemudiannya tidak bersekolah di sekolah ini disebabkan masalah kenderaan.
Bilangan guru ,kakitangan dan murid-murid pada hari pertama sekolah ini dibuka iaitu pada 03.01.1984 ialah:
a.Bilangan guru seramai 13 orang iaitu 9 orang guru lelaki dan 4 orang guru perempuan.
b.Bilangan kakitangan seramai 5 orang ;
1 orang kerani
1 orang pelayan makmal
1 orang jaga
2 orang pekerja am

1 comment:

  1. akhirnye jumpe gak pasal skola lame ak nie..
    salute r kat sape yg buat blog nie..
    truskan usaha.. add la group facebook friendster smk tiram jaya. search je mesti jumpe punye.

    ReplyDelete